life

life

resepi

Saturday, January 2, 2016

farewell

Minggu lepas, tak minggu lepas sangat la. dalam bulan lepas jugak, lepas dapat tau pertukaran besar - besaran pegawai kat tempat keje, kitaorang ada buat farewell party. actually more to enjoy the moment that we can be together, sebab tau dah lepas ni susah dah nk lepaking atau bermanja. kat tempat keje aku kalau tak bz tu pelik..

pegawai aku kene tukar dept. masuk peg. baru. pegawai aku, di awal perkenalan n memula kenal (masa masuk tempat keje tu) digambarkan sebagai seorang yang garang n tegas.  lepas tu aku hadap benda tu sume. nak kata teruk sangat tu tak pasti sebab background dia dari private, aku pun sama. so mungkin cara keje orang private ni x sama dengan orang gov.  lama2 dia semakin ok. semakin mesra, bertolak ansur and tolong anak buah. lepas dah kenal lama baru aku dapat figure out kenapa dia jadi garang cam tu.

bayangkan sume benda nak kene report ke  kpt (which is orang kat tempat keje yang x berkenaan tak tau pun bende tu), maksudnya orang tak nampak la kita bz sebab apa.  Ada la dalam 5 ke 7 report yang kene anta hampir setiap bulan (sebab dateline dekat2).  perkara standard kalau minta last minute n nak cepat. dia sorang handle. patut la . aku yang tak tau ni dulu igt knapa la sume benda dia tanya. lama2 baru tau. bukan dia yang tny sebenarnya. samaada kpt mintak / boss yang tanya.

bila dah ramai sikit staff, baru ok. time tu walaupun balik lewat hampir setiap hari, buat keje macam2, ok je sebab ada member2 tempat bergurau senda.  banyak benda aku blajar dari peg aku ni. antaranya, dia sama cam aku. sama cam dak dept aku. spesis amik tau hal sendiri je. so apa2 gossip opis biasanya kitaorang adalah orang paling lewat tau. blajar pasal selok belok keje. procedure sangat banyak n berlainan kat tempat aku ni sebab handle bnyk benda. kadang2 tiap2 satu tu procedure lain2. so, kene tengok betul2 sebelum bagi big boss sain.  

bukan tak nak lepaskan dia n blajar ngn pegawai baru plak. tapi aku jenis kene amik masa. sedih sebenarnya. orang yang kita penah bergaduh (gaduh manja cam couple gitu, stail x ckp mana), merajuk, marah 5 minit , pujuk n rapat nak p dari kita. macam2 benda kot bersama2. lagi2 dept aku tu mostly kene berdikari sket. sebb boss2 bz. 

berbalik pada tujuan asal, so kitaorang buat farewell party. bukan berbahagia sebab dia nak g, cuma lebih pada appreciation and friendship. buat kat kedai 89,  kedai yang aku penah p sebelum ni. reason buat kat situ sebab kedai tu tak ramai orang. and view dia lawa. :)
tak order pun makan kat situ sebab memasing kenyang dah. so order air je la. lebih kepada lepaking reramai. :)