life

life

resepi

Sunday, March 5, 2017

1sT PreGnAnt- BaBy tiNggALkAn MamA

14 Feb 2017

P klinik check sebab asik sakit time kencing.  Bila doktor check air kencing, mula - mula dia tanya " awak dah kawin?". ai pn jawab la ye. then he said "congrats, awak pregnant. tapi kencing kotor ni". lepas tu p scan sebab nak tengok baby berapa minggu.  lepas scan doktor bagitau baby 5 minggu. tapi doktor cakap kene pegi scan kat tempat canggih sket utk tau exactly berapa weeks sebenarnya. 

bahagia berbunga - bunga jangan cakap la. en. somi apatah lagi. asik baby2. malam tu tam(hubby) letak tangan kat perut and baca doa. bila tanya baca apa, dia xmau bagitau. lepas dua hari baru bagitau. tu pun sebab bini dia asik tanya je. dia kata doa bagi mudahkan segala urusan.

sebelum ni pun dia memang da suspek ai is pregnant.ai je x confiden. ai jadi tak lalu makan, penat gile. tapi mana tau tu tanda - tanda pregnant. sakit pinggang 3 hari kot. tiap2 malam kene sapu minyak panas. lepas tu sakit bila nak kencing plus ada kluar coklat2 macam nak period tu. bila da p check baru tau.

so bila da tau pun, coklat2 tu still kluar and da kluar darah plak. sikit2 je. bila baca kat internet, memang kebiasaan awal pregnancy macam tu. tanya kat misi kat klinik tempat keje pun, dia cakap bende tu biasa. tapi dia cakap better p check. rileks la kejap. tapi bila asik berdarah je. lpas tu kejap banyak kejap sikit, mula la cuak.


23 Feb 2017

hari khamis, ajak tam g check. p check kat dr suzie, pakar sakit puan kat klinik hikmah, suggestion dari misi kat klinik tempat keja. so, tengah hari tu p check la dengan tam.  dr suzie scan kat atas tak nampak. so dr. suzie cakap kene scan lagi skali. bila scan lagi skali doktor cakap, baby dah xde. silent miscarriage. doktor cakap kalau ikut scan 9 minggu dah. tapi baby x membesar. denyutan nadi pun xde. masa tu da sebak dah. tahan je dari nangis. tam ada skali dalam bilik doktor tu. tam pun dengar, tapi dia lagi tabah la dari ai walaupun dia paling excited.  

doktor cakap tunggu dalam 2 minggu, kalau tak keluar sendiri, then g klinik utk amik ubat / g hospital utk cuci. tanya lagi ngn doktor samaada masalah rahim ai x kuat ke, sebab dowang cakap biasanya klu berdarah2 ni rahim tak kuat. doktor cakap tak de masalah. sume ok. cume baby tak jadi. tu je. insyaallah ada rezeki lagi lepas ni. awak dua orang muda lagi. kes - kes macam ni memang biasa berlaku. 

lepas da settle bil sume, eh, belum settle lg.time tunggu nak bayar bil, tam da usya je ai. lepas tu  dia nasihat tu nasihat ni. ayat paling terkesan skali, "jangan melawan takdir" dia cakap. ai nangis dah time tu. lepas dia bayar bil, kluar klinik lagi la. nangis lagi on da way nak p keta. 

atas keta dia biar je ai nangis. biaq tak biaq saja la. biaq ai nangis sambil dengar dia bagi nasihat la. dan berbahagia dalam seminggu je. lps tu dapat tau baby tak da. huhuhuuh.

tunggu mama n ayah kat sana 



No comments:

Post a Comment