life

life

resepi

Monday, March 6, 2017

Dari PantAng nAmpaK kE pANtanG MaKaN

3 Mac 2017

ni hari yang betul - betul gugur. pagi tu sakit, petang ok sket. start hari ni da start pantang makan. actually, sebelum ni pun jaga jugak makan. petang p pantai order milo panas je. nasib baik ai memang minum air panas. tak la terliur sangat tengok ais. malam da tak makan sebab kenyang dah. makan ubat je. doktor bagi ubat tambah darah. 


4 Mac 2017

Hari ke dua berpantang

Hari ni pun tak masak sebab nak p kenduri ajiem. pagi tu makan nasik dengan ayam goreng je. tengah hari kat kenduri pun sama. nasi n ayam goreng je. petang kat umah dik mim lain sket la menu dia. nasik dengan ikan masin. malam tu sebab p kedai makan, ai makan roti bakar kosong je dengan air kopi panas. tak pasti la kaya boleh makan ke tak. sebab biasanya kalau ai nak makan roti bakar, memang roti bakar kosong je. 


5 Mac 2017

Hari ke -3 berpantang

hari ni makan masakan sendiri la jawabnya. hehehe. mil da siap blenderkan bahan untuk goreng / bakar ayam.   guna yang tu je untuk bakar and makan tengah hari. menu kat sini 
Petang makan roti dengan air milo je.  malam pun makan menu sama je dengan tengah hari. sebab sorang je makan. tam tak makan malam. so ai je la yang kene makan. 


6 Mac 2017

Hari ke - 4 berpantang

Hari ni tak sarapan pun. menu hari ni ayam stim. resepi kat sini
Petang makan jemput -jemput. MIL dah siapkan, tinggal goreng je. Jemput - jemput tak de udang, ada kuchai je. hehehe.  Malam pun makan menu sama macam tengah hari. Cuma kalau lapar, ai akan minum milo + biskut kering. 


7 Mac 2017


Hari ke - 5 berpantang

Pagi makan jemput- jemput yang belum habih goreng semalam dengan air kopi. Paksa tam makan skali jemput - jemput tu sebab banyak. tengah hari makan  ayam lagi. tapi ayam kali ni berkuah sikit. hehehhe. resepi kat sini


8 Mac 2017

Hari ke -6 berpantang

Hari ni tak de apa sangat, hari - hari pun duk saje je. Pagi sarapan jemput2. tengah hari - tak tengah hari sangat la. hari ni lunch pukul 3 lebih. ai tak tau la kalau time berpantang ni memang kene makan on time atau tak. hari ni makan nasi + sup ayam je. air suam. teringin je nak buat air jamu and minum. tapi macam belum bersedia ja bila pikir rasa dia. hehhehe. so, resepi sup ayam kat sini :)



26 Mac 2017.

hari ni hari ke 24 berpantang. 2 minggu pertama sume menu lebih kurang je macam menu minggu 1st. malam kalo lapar, minum air n makan roti je. start minggu ke 3 baru berani nak makan kari, sos. tu pun sebab mak cakap boleh makan. tak sabaq nak abih pantang ni. nak makan macam - macam rasa. haish... 












No comments:

Post a Comment